$$$

Followers

Thursday, June 21, 2012

engkau

mungkin tak lama lagi kau akan lebih mengerti
apa itu menagih ilmu untuk masa depan.
manusia memang begitu
selalu menyesal setelah semua berlaku
sebelum itu tak mahu pula menangis merayu demi secebis ilmu.

Wednesday, March 28, 2012

rindu..
seperti melihat bintang tapi tak dapat di sentuh
seperti merasa udara tapi tak boleh dilihat
seperti melihat bulan tapi hanya boleh memuji
rindu..
datang saat kau jauh..
jauh dari pancaindera ku
hanya boleh merasa tapi tak boleh dilihat
rindu..
harap kamu juga begitu seperti aku
jauh tapi dekat dihati
bukan fizikal mu yg ku rindu tapi kasih sayang mu
rindu..
pengubatnya hanya apabila bertemu..
mungkin suatu waktu
kita akan menyatu.

Tuesday, March 27, 2012

tak fikir

kau bercakap umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. mengajar orang berjalan tegak tapi kau sendiri berjalan senget.

Monday, March 26, 2012

untuk apa

untuk apa berkongsi kesedihan
kalau yang mendengar hanya mentertawakan
baik diam saja
senyum
dan sedih itu mungkin akan pulih sendiri
masa pengubatnya.

keliru

memang satu dunia nak tahu kisah hidup kita yang kita sendiri tak tahu apa pengakhirannya,,

bukan lagi aku

terbiasa hati terabai,,
sakit itu dah jadi teman sejati hati ..
dilupakan
ditinggalkan
dibiarkan
semua itu aku yang rasa
bila definisi penting utk kau bukan lagi aku

pengecut

Biarkan sahaja mereka tertawa melihat pertengkaran kita yang tak ada
penghujung dan penamatnya..
kenapa harus malu?
kenapa harus bersembunyi ?
jika sengketa itu engkau yang cipta sendiri?
jangan salahkan laut yang bergelora jika angin yang menghasilkannya
jangan dibakar kelambu baldu jika nyamuk angkara kesakitannya
jangan kau marah mereka yang tertawa meludah ke arah muka 
kerana engkau penyebab gundah gulana
aku jadi bodoh melayan pertangkaran yang hanya akan berakhir dengan senyuman
aku pasrah
mungkin ini cara engkau menzahirkan kasih sayang
aku lelah
putus asa